Home » Antologi Skrip Drama Pentas: Monolog 5 Negara by Khalid Salleh
Antologi Skrip Drama Pentas: Monolog 5 Negara Khalid Salleh

Antologi Skrip Drama Pentas: Monolog 5 Negara

Khalid Salleh

Published 2015
ISBN :
Paperback
101 pages
Enter the sum

 About the Book 

Antologi Skrip Drama Pentas: Monolog 5 Negara menampilkan skrip drama pentas lima pengiat seni Khalid Salleh (Malaysia), Ramli Prapanca (Indonesia), Zefri Ariff (Brunei), Noor Hasnah Adam (Singapura), dan Patr Weera (Thailand). Pementasan yangMoreAntologi Skrip Drama Pentas: Monolog 5 Negara menampilkan skrip drama pentas lima pengiat seni Khalid Salleh (Malaysia), Ramli Prapanca (Indonesia), Zefri Ariff (Brunei), Noor Hasnah Adam (Singapura), dan Patr Weera (Thailand). Pementasan yang menemukan penggiat drama pentas dalam acara yang bertaraf ASEAN ini diharapkan akan dapat menyemarak perkembangan teater ASEAN dan membentuk satu kerjasama untuk memajukan teater ASEAN yang selama ini berkembang seperti dalam kepompongnya sendiri.Khalid Salleh, tokoh teater, filem dan sastera dari Malaysia menampilkan monolog“Pretttt….” yang mengangkat nilai kebenaran dan kebohongan yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Asia Ramli Prapanca tokoh teater dari tanah Bugis-Makassar memperihalkan tentang sarung, busana mewakili budaya masyarakat Bugis dalammonolog “Kedatangan dalam Bungkusan”. Sarung memperlihatkan konsep ruang dantubuh dalam dua lubang, vertikal mahupun horizontal. Zefri Ariff dari Brunei Darussalam pula mengemukakan skrip “Sehelai Kain” yang mengangkat kisah pendobi yang menemui sehelai baju yang ada kesan darah, dan dari situ muncul pelbagai watak ilusi yang berdialog menata kisah masa lalu dan masa kini. Manakala Noor Hasnah Adam dari Singapura menampilkan monolog “Ala … mak nak cakap sikit aje...,” yang meluahkan perihal masyarakat Melayu dalam kehidupan marginal mereka di Singapura. Patr Weera seorang penggiat muda dari Thai menampilkan monolog “Sewaktu Menunggu Bas dalam Masa Empat Ratus Sekian Tahun Berikutnya” yang mempertanyakan hidup seolah-olah penantian yang tidak berkesudahan untuk bergerak ke suatu tempat lain yang tidak diketahui.